Perjumpaan Bersama Rakyat Parlimen Titiwangsa
Sekitar suasana hari ini diperjumpaan terbuka bersama rakyat Parlimen Titiwangsa bagi mereka mengajukan permasalahan atau membuat aduan setempat terus kepada saya. Perjumpaan ini dibuat setiap Jumaat dan mereka yang hadir diberikan ruang serta masa yang secukupnya supaya setiap permasalahan dapat dibantu dengan sebaik mungkin. Hari ini Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Titiwangsa menerima sebanyak 240 masalah, dimana ianya terdiri dari golongan ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), penjaja setempat, warga emas, anak yatim piatu, mangsa kebakaran, persatuan penduduk, ibu bapa kepada murid dan pelajar serta lain lain lagi. Kedatangan penduduk dari mana-mana kawasan dibawah Parlimen Titiwangsa sangat dialu-alukan.
















Comments
Post a Comment